BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Wednesday, December 9, 2009


kanak-kanak sdg membuat latihan pengukuhan

asyiknya,

kira jgn tak kira,

asyiknya buat keja....................

knk2 di kelas tambahan(tuition) disember 2009

Sunday, November 22, 2009


Kanak-kanak menyanyi lagu Negaraku,Pulau Pinang dan lagu Kemas

Bekas murid Tabika Kemas Sungai Nibong Tengah membuat persembahan di Majlis Penyampaian Hadiah

Gelek jangan tak gelek


Gerak Kreatif


Tidak sabar nak membuat persembahan

Bakal-bakal graduan masa depan

Menunggu giliran untuk menerima sijil

Puan Masrina sedang menerangkan sesuatu






Mesyuarat Khas Tabika Kemas Sungai Nibong Tengah
Ada Makan-makan lagi

Saturday, October 31, 2009



Seronoknya kanak - kanak ( Di Taman Belia )

Asyiknya kanak-kanak ( reaksi di tokong ular )
Dalam Akuarium Perikanan Batu Maung
Jom pancing ikan
Cari apa tu???

Suasana Di tepi Pantai

Friday, September 18, 2009

Penyelia Kanan Kemas Bayan Baru sedang memberi ucapan


Waris-waris yang hadir di majlis seminar keibubapaan

Aktiviti Kanak - Kanak bersama guru

Kanak - kanak sedang menjalani ujian penilaian ( projek rintis )

Wednesday, August 5, 2009



macam2 gaya dok mewarna
asyiknya tgk

kanak2 mendgr sedikit penerangan dari pegawai kesihatan


pemeriksaan kesihatan



akak nurse sedang menerangkan kebaikan membasuh tgn








Friday, July 31, 2009


Jangan panjat meja tu, bahaya jatuh nanti


Si kembar yana , yani dan atirah


Inarah Alisa peserta kedua yang memakai pakaian tradisional orang cina mendapat tempat ke lima dalam pertandingan pakaian beragam.Tahniah Inarah.


Sedapnya kek tu.....mari mkn sama - sama

Fokusnya belajar solat


Kanak - kanak sedang belajar solat

Tuesday, July 7, 2009

NAIB JUARA FUTSAL

Alhamdulillah..... Tabika Sungai Nibong Tengah mendapat tempat kedua dalam perlawanan futsal sempena Temasya Sukan Kanak-Kanak Tabika KEMAS Kawasan Bayan Baru yang diadakan pada 4 Julai 2009 yang lalu...

Terima kasih diucapkan kepada semua waris dan tenaga pengajar....

PELUK ANAK TANDA KASIH....

AGAMA meletakkan garis panduan bahawa 24 jam yang diperuntukkan memang cukup buat ibu bapa memanfaatkan sepenuhnya waktu untuk mencari rezeki, beribadat dan rehat yang mencukupi selain merancang perkara berfaedah untuk kebaikan keluarga tercinta.

Namun, ada yang tersasar kerana terlalu mengejar kebendaaan hingga melupakan tanggungjawab dan amanah membina keluarga.

Kembalilah bermuhasabah supaya anak-anak dan keluarga tidak jauh tersisih. Jika anda baru saja membina keluarga, panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk memperoleh kebahagiaan keluarga yang diingini:

Jalankan peranan sebagai ibu bapa.
Menyediakan keperluan asas keluarga sesuai dengan pendapatan, saling mengambil berat dan berkongsi antara satu sama lain. Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak dan kotakan apa yang dikata.

Amalkan cara berkomunikasi yang baik (dengan pasangan, anak, ahli keluarga dan rakan). Pilih perkataan yang sesuai dan hormatilah orang lain.Jadilah pendengar yang baik. Belajarlah mendengar supaya orang lain boleh bercakap dan belajarlah bercakap supaya orang lain mahu mendengar.

Wujudkan suasana rumah tangga positif.Belajar mengendali sikap negatif ahli keluarga tanpa diri sendiri bersikap negatif. Pupuk hubungan sebaik mungkin sesama pasangan dan anak. Selesaikan sebarang salah faham dan konflik dengan segera.

Amalkan sikap terbuka, jangan lokek meluahkan kasih sayang.Katakan ‘sayang’ atau ‘saya ambil berat mengenai diri…’ kepada orang yang disayangi. Beri pelukan untuk menunjukkan kasih sayang kerana satu pelukan sehari akan menceriakan anda sepanjang hari.Berikan kad ucapan atau nota kepada ahli keluarga sekerap mungkin.

Kemahiran daya tindakanSetiap perkahwinan akan mengalami pelbagai peringkat dan bentuk permasalahan rumah tangga. Pasangan suami isteri yang lebih peka dan bersedia akan dapat menghadapi sebarang cabaran.Hasilnya, tekanan emosi akibat masalah rumah tangga akan dapat dikurangkan. Sebenarnya, mempelajari kemahiran daya tindak yang berkesan akan membantu menangani masalah rumah tangga dan mengelakkan keretakan rumah tangga.

Amalkan kemahiran daya tindak yang lain seperti berdoa, bertafakur, senaman pernafasan, teknik rehat, senaman fizikal atau bergurau senda untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga.

Masalah keluarga, Analisis masalah sama ada situasi itu boleh diubah atau sebaliknya. Jika situasi boleh diubah, kenal pasti masalah contohnya anak tidak lagi minat bersekolah. Antara cara mengatasi masalah termasuk berbincang dengan guru, anak, bertanyakan anak mengenai masalahnya atau dapatkan bantuan profesional.

Buat pilihan untuk bertindakBagi situasi tidak boleh berubah misalnya kematian ahli keluarga, cuba ubah pengertian situasi berkenaan. Contohnya, anggap kematian sesuatu yang semula jadi atau Tuhan lebih menyayanginya.Ibu bapa yang mempunyai kesihatan mental yang baik dapat berkomunikasi dengan pasangan, anak, ahli keluarga, jiran dan masyarakat sekeliling dengan harmoni.Memupuk kasih sayang dalam keluarga penting bagi mencapai keharmonian perkahwinan dan hidup berkeluarga yang bahagia. Amalan ini mewujudkan suasana kekeluargaan yang menyokong ke arah kebaikan kesihatan mental seisi sekeluarga.

Kendali emosi andaKongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai. Tingkatkan kekuatan kerohanian contohnya dengan bersembahyang, bertafakur, amalan membaca kitab agama dan lakukan perkara bermanfaat.Amalkan bicara diri yang positif seperti ‘saya bagus’, ‘saya boleh’ dan ‘saya penyayang’. Elakkan bercakap atau bertindak dalam keadaan yang marah.
(SUMBANGAN DARI AKHBAR METRO HARIAN, 22/10/2008)

LINK PILIHAN